STRATEGI BERKESAN DAPATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN (PART 2)

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Apabila mahu mulakan perniagaan, kita mesti berusaha nak tarik pelanggan supaya membeli dengan kita.

Ilmu untuk meraih kepercayaan pelanggan tu perlu ada terlebih dahulu.

Jadi, bagaimana perkongsian saya sebelum ni? Okey tak?

Hari ini saya sambung bahagian kedua pula.

Sebagai newbie dalam bisnes, memang agak susah untuk mendapatkan pelanggan.

Ambil masa. Tetapi, dengan usaha dan kaedah yang betul mesti akan ada hasil yang baik.

Paling penting adalah bertindak segera dan percayakan proses tersebut.

Jangan tunggu saja tanpa berbuat apa-apa.

Okey, dalam entri kali ini saya akan huraikan lagi 5 strategi untuk meraih kepercayaan pelanggan.

Usahawan baru mestilah ada semangat luar biasa kan?

Teruskan membaca dan sama-sama ikut step mudah ni.

Strategi 1 : Pastikan Anda Sentiasa Bersedia untuk Sebarang Pertanyaan Pelanggan

Pelanggan yang berminat tapi tak pasti dengan brand anda, akan berusaha menghubungi anda melalui berbagai-bagai cara.

Sama ada mereka borang pertanyaan di laman web, hantar emel, atau cari anda melalui media sosial.

Sebabnya, boleh jadi mereka nak tahu lebih lanjut sekiranya ada polisi return & refund, tarikh penghantaran atau apa sahaja yang berkaitan dengan produk.

Sangat penting untuk anda sentiasa menjawab segala pertanyaan dengan cepat.

Lagi satu, masa jawab tu kenalah jawab baik-baik.

Santun, hormat. Elakkan ada salah faham sebab balas melalui teks ni, faham-faham sajalah.

Kalau pelanggan baca salah nada, salah faham jadinya.

Sifir mudahnya, anda akan lebih yakin jenama yang respond dalam masa 2 minit dengan jawapan untuk segala kemusykilan anda, ataupun yang ambil masa seharian untuk menjawab dua tiga patah perkataan sahaja?

Anda tahu kan yang mana?

Sekarang ni, kepantasan tu sangat penting.

Pelanggan akan gembira apabila soalan mereka mendapat perhatian dan maklum balas daripada pihak penjual.

Salah satu yang anda boleh buat, aktifkan medium live chat di web ecommerce anda.

Apabila pelanggan dapat respond yang cepat, mereka akan semakin tertarik untuk menjadi pelanggan anda.

Apabila ada live chat, mereka bebas bertanya soalan dan anda juga boleh berbual dan kenal bakal pelanggan.

Jadi, medium ini berguna untuk mengatasi sebarang masalah pelanggan.

Mereka boleh salurkan bantahan, komen dan sebagainya, terus kepada anda.

Dalam masa yang sama, mereka akan lebih yakin dengan bisnes anda dan ia petanda baik untuk bisnes anda yang masih hijau.

Live chat kini sudah seperti perkara utama dalam kejayaan khidmat pelanggan.

Ia juga menjadi cara berkomunikasi kesukaan untuk ramai pelanggan.

92% responden berpuas hati semasa berinteraksi dengan penjual menerusi live chat sepanjang proses pembelian.

Manakala 53% responden lebih sukakan live chat untuk satu-satu jenama berbanding cara komunikasi lain.

Strategi 2 : Menyediakan Maklumat Lengkap Produk

Lagi banyak yang pelanggan tahu pasal produk yang akan dibeli, lagi cepat mereka keluarkan duit tanpa banyak soal!

Spesifik – ini kunci untuk membantu pelanggan mendapat gambaran jelas tentang produk yang anda jual.

Contohnya, anda masukkan ciri-ciri ‘leather’ pada deskripsi produk tas tangan. Ia hanya akan pelanggan tertanya-tanya, leather jenis apa?

Lebih baik jika anda terus tuliskan ‘Vachetta leather’ di ruang deskripsi atau anda akan terpaksa jawab soalan yang sama daripada pelanggan yang nak tahu jenis kulitnya, berkali-kali.

Ini yang dimaksudkan dengan ciri spesifik.

Maklumat ini sangat penting kepada pelanggan yang tahu keperluan dan produk yang nak dicari.

Anda boleh tambahkan maklumat berikut di ruangan penerangan produk:

  • Ukuran item
  • Berat item
  • Ramuan produk atau bahan pembuatan
  • Maklumat waranti
  • Ciri tersendiri produk

Contoh: Beg ini didatangkan dengan tali boleh laras

Sediakan gambar dan video yang membantu menonjolkan kualiti produk.

Selain itu, tunjukkan juga cara guna produk.

Ia membantu bakal pelanggan anda membayangkan fungsi dan kegunaan produk tersebut.

Lebih jelas mereka nampak, lagi cepat mereka akan percayakan bisnes anda dan mahu memilikinya.

Senang cakap, ciri-ciri istimewa produk anda akan hanya diketahui oleh orang ramai apabila anda sampaikan kepada mereka.

Anda sahaja yang tahu semua kelebihan produk anda, jadi beritahu pelanggan baik-baik dalam bentuk yang mudah difahami.

Strategi 3 : Hadiah (Sampel Percuma)

Nak cari pelanggan awal untuk mencuba produk anda memang mencabar.

Salah satu cara untuk sampaikan produk kepada pelanggan ialah memberi sampel atau hadiah.

Anda pernah dapat sampel percuma tak sebelum ini?

Sekarang, anda pula gunakan kaedah ini untuk bisnes anda. Menarik kan?

Sampel produk atau giveaways boleh menjana tarikan kepada bisnes anda dan membina keyakinan bakal pelanggan.

Tetapi, tawaran “cuba dulu sebelum membeli” tidak semestinya sesuai untuk semua jenis perniagaan.

Jika anda mengeluarkan produk yang anda mampu untuk memberi sampel dalam kuantiti sedikit (contohnya makanan), anda boleh gunakan cara ini.

Secara tak langsung, boleh cuba  dapatkan testimoni juga.

Akan datang, pelanggan tidak teragak-agak mengeluarkan duit untuk membeli produk anda kerana telah mencubanya sebelum itu.

Ada beberapa cara berlainan untuk sampaikan produk anda secara percuma dan bakal memberikan hasil sebenar. Antaranya:

+ Berikan sampel kepada satu sekumpulan bakal pelanggan. Anda boleh minta review mereka sebagai balasan.

Anda boleh menyimpan atau merekod pendapat dan testimoni mereka. Paparkan di kedai online anda apabila sudah cukup meyakinkan untuk membina kredibiliti.

+ Hantar produk anda kepada influencers atau bloggers. Minta mereka promosikan produk anda menggunakan gaya mereka tersendiri.

Dah nama pun influencers kan, sudah pasti mesej itu akan sampai kepada penonton sasaran.

+ Edarkan sampel percuma di majlis atau acara tertentu untuk menarik minat orang terhadap produk anda.

Sekiranya mereka sukakan produk anda, mereka pasti mencari anda semula nanti secara online.

Selalu ingat yang sampel produk dan hadiah ialah cara terbaik untuk membina keyakinan orang ramai.

Namun bagi memastikan usaha ini efektif, pastikan produk anda sampai ke tangan yang betul.

Barulah anda dapat pulangan yang berbaloi!

Strategi 4 : Manfaatkan Halaman FAQ

Halaman FAQ yang baik akan membantu anda mencapai banyak perkara.

Pertama, ia dapat menjawab soalan pengguna yang berkaitan jenama dan produk anda.

Kedua, anda boleh tunjukkan kepakaran dengan menyediakan maklumat mengenai penggunaan produk dan menunjukkan dengan jelas cara anda mengemudi bisnes kepada pelanggan.

Halaman FAQ boleh merangkumi:

+ Maklumat tentang jenama yang tidak sesuai ditulis di “About Me” atau bahagian homepage.

+ Maklumat umum tentang produk yang penting untuk pelanggan.

Contohnya (Ya, produk kami organik, bebas-paraben dan bebas-soya).

+ Maklumat tentang pensijilan atau lesen yang dapat menaikkan kepercayaan pelanggan.

+ Segala jawapan untuk pertanyaan yang bakal pelanggan sering ajukan kepada anda.

Atau mereka akan bertanyakan hal tersebut kepada pesaing anda.

Penting, pastikan halaman ini selalu dikemas kini.

Strategi 5 : Baiki Perkara-Perkara Kecil yang Boleh Mengikis Kepercayaan Pelanggan           

Akhir sekali, jangan lupa untuk menilai semula kedai online anda daripada mana-mana capaian.

Melalui desktop, smartfon, tablet dan sebagainya untuk mengkaji paparan yang muncul di skrin.

Tanyakan kepada rakan sama ada mereka cukup yakin dan percaya web ecommerce tersebut untuk membeli belah.

Jika ya, mengapa?

Jika tidak, selidik punca rasa tidak selesa itu datang.

Adakah page tidak cukup maklumat pasal bisnes anda ?

Ataupun info pasal masa penghantaran tidak kelihatan cukup telus?

Geledah semulaweb ecommerce anda, cari kesalahan walaupun sekecil mungkin.

Kesalahan ejaan yang nyata atau kesilapan tatabahasa pun, betulkan sebab ia akan mengganggu pelanggan.

Walaupun anda bukan penulis, semak semua salinan copywriting dan kandungan melalui aplikasi ejaan dan pembetulan tatabahasa.

Sekiranya ada pautan, masukkan yang betul.

Pautan yang salah akan buat web anda nampak cincai.

Selain itu, kualiti grafik yang teruk menampakkan sisi tidak profesional dan murah.

Kesemua perkara ini kelihatan seperti kecil. Tetapi, ia boleh memberi kesan kepada pelanggan.

Sama ada mereka akan terus percaya dalam sekelip mata atau pangkah laman web anda dan cari kedai lain.

Anda mahu yang mana?

Kesimpulan Strategi Berkesan Dapatkan Kepercayaan Pelanggan (Part 2)

Setiap pemilik bisnes bermula dari bawah.

Tiada jualan dan tiada bukti sosial untuk mempengaruhi orang ramai dan bakal pelanggan.

Menggunakan strategi yang tepat, suatu hari nanti anda akan berada di kedudukan yang lebih baik dan dapat memenangi hati pelanggan dengan lebih mudah.

Terus berusaha membina reputasi dan besarkan empayar bisnes anda.

Soalan saya, anda dah guna kaedah mana untuk dapatkan kepercayaan pelanggan?

Jika belum cuba, mahu mulakan dengan yang mana?

Jom kongsi di ruang komen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Content Creator at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce. Bercita-cita untuk ada band sendiri dan buat lagu. Tengok lah nanti dah kaya mungkin boleh ada masa explore pasal music pulak.
Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masukkan emel anda untuk konten lebih padu, offer best, dan latest updates dari saya.

Mula Buat Blog Anda Dengan BlueHost!

Mula Buat Store Dropship Anda Dengan Shopify!

Mula Buat Duit Dengan Blog Melalui AccessTrade!

© All Rights Reserved 2020

kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Suka Konten Saya?

Join mailing list saya untuk dapatkan latest tips, dan strategi untuk bantu anda buat duit online, dengan cepat & berkesan.