4 STRATEGI BERKESAN DAPATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN (PART 1)

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Bayangkan anda melawat kedai online yang baru, buat kali pertama.

Apa yang anda akan fikir dan jangka?

“Betul ke produk ni bagus?”

“Boleh percaya ke jenama ni, tak pernah dengar pun?”

Anda tak tahu apa-apa tentang jenama tersebut, kualiti produk yang dijual atau sama ada ia berjaya memenuhi kepuasan pelanggan.

Seperti kebanyakan pembeli, anda akan semak dahulu ulasan atau testimoni pelanggan terdahulu.

Anda mahukan bukti bahawa produk itu benar-benar bagus atau sebaliknya.

Tapi, apa yang harus dilakukan jika kedai online anda masih baru?

Jualan pun belum ada, apatah lagi mahu mendapatkan review pengguna atau bukti sosial untuk mempengaruhi bakal pelanggan.

Bagaimana anda nak atasi situasi ini?

Macam mana anda nak yakinkan bakal pelanggan supaya beli produk anda?

Inil dilema setiap usahawan baru.

Berhenti bimbang. Tak payah berkerut sangat dahi tu.

Ada tip dan cara untuk anda buat bagi menyelesaikannya.

Strategi ini sangat membantu untuk permulaan, khususnya dalam menyemai kepercayaan bakal pelanggan terhadap bisnes anda yang masih baru.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui dan belajar 4 strategi untuk memenangi hati pelanggan serta mengaplikasikannya ke dalam bisnes anda.

Strategi 1 : Jadikan Diri Anda Sebahagian daripada Perniagaan

Sebagai pengguna, kita mudah mencurigai sesuatu jenama pada pandangan pertama.

Kita percaya matlamat paling utama penjualan setiap produk adalah untuk wang.

Tetapi, kita akan lebih terbuka untuk belajar mempercayai orang lain.

Oleh itu, salah satu cara untuk memadam keraguan di kalangan pengguna adalah dengan memperlihatkan siapa anda yang sebenarnya.

Perkenalkan diri anda – individu di sebalik bisnes – kepada pelanggan.

Terutamanya jika ia akan menambah ketulenan dan kredibiliti produk anda sendiri.

Perkara ini sangat penting apabila anda menjual produk yang dibuat sendiri.

Tempat terbaik untuk berbuat demikian adalah di ruangan About Us di website anda.

Selain produk yang dijual, fokus kepada diri anda juga sebagai pemilik perniagaan.

Anda wajib bercerita dan sentiasa promosikan produk, tapi sesekali selitkan kisah kehidupan anda.

Pemilik bisnes bukannya robot, pasti ada rutin harian dan babak menarik yang boleh dikongsikan.

Tindakan ini dapat memberi ruang kepada pelanggan untuk mengenali anda dengan lebih dekat.

Ia juga berfungsi sebagai pencetus yang membina kepercayaan mereka terhadap bisnes anda.

Secara tak langsung, hubungan emosi antara pemilik bisnes dan pelanggan tercipta.

Mereka berasa lebih terpengaruh untuk menyokong produk anda kerana dah kenal individu di belakang tabir.

Jadi, sekarang anda boleh paparkan wajah anda di website.

Buang segala rasa rendah diri.

Tapi, jangan lupa seimbangkan antara cerita personal dan jenama!

Strategi 2 : Bina Hubungan Menerusi Konten

Konten yang bermakna ialah medium terhebat untuk berhubung dengan pengguna baru.

Mereka langsung tak kenal siapa anda.

Dengan cara inilah, anda berpeluang memperkenalkan diri kepada mereka tanpa paksaan.

Blogging secara berperingkat menunjukkan yang anda melabur dalam bisnes, industri, dan permasalahan pelanggan.

Konten juga dapat membantu pengguna lebih familiar dengan jenama anda.

Lebih-lebih lagi jika anda kongsi cerita dan membina suara jenama anda dengan cara berbeza.

Kedua-dua perkara ini akan menunjukkan personaliti di sebalik jenama anda.

Jadi, anda dapat buat audien rasa dah kenal anda secara rapat dan boleh percayakan anda dan jenama yang dibawa.

Cipta topik yang menimbulkan persoalan dan menggalakkan perbincangan.

Walaupun pengguna hanya meninggalkan komen ringkas, ini memberikan anda peluang yang berharga untuk berbicara dengan mereka secara one-to-one.

Dari situ, anda dah berjaya membina hubungan peribadi bersama bakal pelanggan hanya melalui skrin. Seterusnya, ajak mereka review semula topik yang dibualkan dan cuba kekalkan momentum yang ada.

Konten pemasaran juga cara untuk tunjukkan kepakaran anda.

Apabila pengguna melihat anda sebagai pemilik kedai yang ada ilmu tentang setiap barangan, tentu mereka percaya kualiti setiap produk atau servis yang ditawarkan.

Syarikat tilam contohnya, boleh menggunakan blog untuk menunjukkan bahawa mereka tahu pelbagai teknik bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

Untuk mendapatkan kandungan pemasaran yang efektif, anda boleh menyediakan senarai konten yang berkualiti tinggi dan berbeza daripada syarikat pesaing.

Strategi 3 : Tunjukkan Kepada Pelanggan Bahawa Keselamatan Mereka Adalah Keutamaan Anda

Sifat amanah tak boleh dipandang remeh dalam perniagaan.

Ia permulaan penting bagi melakar kejayaan jenama anda.

Dan anda juga perlu pastikan keseluruhan sistem website selamat untuk dilayari.

Jenayah siber ialah isu besar yang melibatkan penggodam.

Maka, masuk akal apabila pelanggan akan lebih berwaspada untuk mendedahkan maklumat kad kredit.

Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan aplikasi peningkat keselamatan.

Ia bukan sahaja memberikan perlindungan, pelanggan juga akan tahu kerana ada paparan lencana keselamatan di kedai anda.

Menawarkan pelbagai pilihan pembayaran juga boleh membuat pengguna lebih selesa untuk membeli. Iyalah, rambut sama hitam tapi hati manusia lain-lain.

Sistem PayPal contohnya, ia bertindak sebagai gateway kewangan yang selamat untuk ramai pelanggan dan mempunyai lapisan perlindungan tambahan.

Satu kajian mendapati ada pelanggan percayakan bank utama mereka secara keseluruhan dan tak suka mendeposit wang ke PayPal.

Manakala 69% responden percaya servis PayPal lebih baik dalam melindungi data kewangan mereka.

Jika anda mampu memberikan pilihan pembayaran yang telus dan efektif, mereka akan menaruh kepercayaan terhadap bisnes anda.

Strategi 4 : Ketengahkan Polisi Return & Refund Yang Baik

Katalah anda nampak suatu produk tapi belum pasti nak beli atau tak. Masih atas pagar. Apa faktor yang boleh mendorong anda membuat bayaran dengan serta-merta?

Jawapannya, polisi return & refund yang baik.

Dasar pulangan yang baik boleh menjadi tanda kualiti servis khidmat pelanggan.

Ia menunjukkan anda mengutamakan pengalaman pelanggan dan anda juga yakin dengan produk.

Pelanggan boleh memulangkan produk dan minta refund sekiranya mereka tak berpuas hati.

Polisi pemulangan segera dapat menurunkan risiko pelanggan yang sentiasa ragu-ragu ketika buat pembelian secara online.

Jika anda tawarkan return & refund percuma dalam tempoh 30 hari tanpa syarat, orang akan sanggup untuk membeli daripada anda.

Namun sekiranya anda tidak mampu untuk memberikan peluang ini kepada semua pelanggan, apa kata buka tawaran terhad kepada ahli program yang setia sahaja?

Polisi return & refund yang hebat masih tak mencukupi, anda juga perlu iklankannya di web:

  • Sediakan halaman khusus untuk polisi return & refund (juga boleh menjadi sebahagian page FAQ anda)
  • Wujudkan bahagian khas untuk kembali ke halaman produk anda
  • Paparkan lencana di web ecommerce untuk menonjolkan bahawa ada jaminan wang akan dikembalikan.
  • Letakkan link ke polisi return & refund di bahagian footer website anda.

Kesimpulan Strategi Dapatkan Kepercayaan Pelanggan (Part 1)

Jadi sekarang anda dah sedia maklum, kepercayaan harus wujud sebelum proses jual beli berlangsung.

Penting untuk timbulkan rasa percaya dalam diri pelanggan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

Ada ribuan kedai ecommerce yang beroperasi, jadi mereka bebas buat pilihan yang terbaik.

Saya akan sambung lagi tip mengenai kaedah mendapatkan kepercayaan pelanggan dalam post akan datang, sebab ada banyak lagi yang cerita.

Setakat ini, anda ada apa-apa masalah? Atau anda dah buat mana-mana tip tapi masih ada situasi yang menyukarkan?

Boleh kongsikan di ruang komen, supaya saya boleh bantu dengan penyelesaian yang sesuai.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Content Creator at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce. Bercita-cita untuk ada band sendiri dan buat lagu. Tengok lah nanti dah kaya mungkin boleh ada masa explore pasal music pulak.
Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masukkan emel anda untuk konten lebih padu, offer best, dan latest updates dari saya.

Mula Buat Blog Anda Dengan BlueHost!

Mula Buat Store Dropship Anda Dengan Shopify!

Mula Buat Duit Dengan Blog Melalui AccessTrade!

© All Rights Reserved 2020

kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Suka Konten Saya?

Join mailing list saya untuk dapatkan latest tips, dan strategi untuk bantu anda buat duit online, dengan cepat & berkesan.