Shopify Vs EasyStore: Mana Platform E-commerce Paling Best? (Review 2022)

Shopify  merupakan salah satu platform e-dagang yang diasaskan di Canada pada tahun 2006 dan mula memasuki pasaran Malaysia sekitar tahun 2013.

EasyStore pula platform e-dagang yang diasaskan di Malaysia sejak tahun 2013.

Kedua-dua platform ini sama-sama berfungsi sebagai satu saluran jualan namun terdapat beberapa perbezaan dari segi teknikal dan ciri-cirinya yang tersendiri.

Kedua-duanya juga menyokong peranti yang menggunakan perisian iOS, Android dan Microsoft.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan tentang perbandingan antara Shopify vs EasyStore.

Pada akhir artikel ini anda akan nampak gambaran pilihan yang lebih bersesuaian dengan keperluan e-store anda.

Pelan & Harga 

Shopify menawar tiga variasi harga mengikut pelan Basic, Shopify dan Advance, bermula USD 19 (kira-kira RM84.49).

EasyStore juga tawar tiga variasi pelan; Lite, Standard dan Business dengan harga bermula RM59.

Harga pelan bulanan Shopify nampak lebih tinggi berbanding EasyStore.

Caj Transaksi

Mengikut pelan Shopify yang berbeza anda akan dikenakan caj transaksi yang berbeza.

Pelan Basic

  • 2%

Pelan Shopify

  • 1%

Pelan Advance

  • 0.5%

Untuk memilih pelan yang berbaloi untuk e-store anda, buat perbandingan.

Sebagai contoh, jika jualan bulanan anda ialah RM2000 sebulan, mari kita lihat pelan yang mana lebih berbaloi.

Jika anda ambil pelan Basic, perbelanjaan anda untuk penggunaan Shopify menelan kos sebanyak RM125; yang terdiri daripada RM85 (caj bulanan) + RM40 (caj transaksi 2%).

Jika anda menggunakan pelan Shopify, kos menjadi RM238; RM218 (caj bulanan) + RM20 (caj transaksi 1%).

Jika anda menggunakan pelan Advance pula, kos menjadi RM1348; RM1338 (caj bulanan) + RM10 (caj transaksi 0.5%).

Dalam kes jualan sebanyak RM2000, pada permulaan ini lebih baik anda gunakan pelan Basic.

Anda boleh ambil pakej yang lebih mahal sekiranya nilai jualan anda telah meningkat, supaya dapat jimatkan caj transaksi pada kadar yang lebih rendah.

Manakala untuk EasyStore pula, setakat ini (Julai 2022) tiada caj transaksi dikenakan bagi mana-mana pelan.

Sebagai pemain industri e-store tempatan, anda boleh jimatkan kos operasi dengan menggunakan EasyStore.

Payment Gateway Integration

Antara payment gateway popular yang disokong Shopify:

Payment gateway yang menerima pelbagai transaksi dari negara luar, ideal untuk e-store yang berminat tembus ke pasaran luar negara. 

Payment gateway yang disokong oleh EasyStore:

Kalau anda berhasrat untuk menguasai pasaran dalam negara sahaja, EasyStore sudah memadai bagi tujuan itu. 

Tema E-store

Tema setiap e-store harus ditetapkan terlebih awal mengikut keperluan e-store.

E-store yang bersifat general store (ada pelbagai item dalam inventori) tentunya perlukan susunan berbeza berbanding niche store (item spesifik dan lazimnya tidak sebanyak general store).

Tema-tema ini ada yang percuma dan ada yang dikenakan bayaran.

EasyStore cuma hanya ada sekitar 50 tema. Walaupun pilihan agak terhad berbanding Shopify, namun tema EasyStore percuma sahaja dengan mana-mana pelan yang anda gunakan.

Shopify menyediakan 18 tema percuma dan lebih 70 tema berbayar

Boleh baca tema Shopify percuma yang jadi pilihan drop shipper di sini.

Jika anda seseorang pentingkan sisi kreatif dan inginkan lebih banyak pilihan serta tiada kekangan bajet, pilihlah Shopify untuk e-store anda.

Sebaliknya, jika anda tidak tekankan hal aestetik ini dan ada bajet terhad, EasyStore masih cukup baik untuk digunakan sebagai platform e-store anda.

Market Integration App

Apabila melibatkan market integration apps, Shopify lebih menonjol dalam hal ini (berbanding EasyStore).

Antara apps terkenal yang menyokong Shopify ialah seperti di bawah:

Sedangkan, untuk EasyStore pilihan agak terhad, dan antaranya ialah seperti berikut:

Secara ringkasnya jika anda mencari satu e-store yang mudah sync dalam sehari di marketplace antarabangsa, lebih baik pilih Shopify.

Shopify merupakan pilihan yang lebih baik untuk sediakan pasaran global yang lebih luas, ia merupakan pilihan yang lebih sesuai jika anda bercadang untuk kembangkan e-store anda pada masa akan datang.

EasyStore pula akan jadi pilihan ideal jika anda bercadang untuk bermain dalam pasaran tempatan dan tiada perancangan untuk ke peringkat antarabangsa pada pada masa akan datang.

Penghantaran & Courier

Shopify menawarkan sejumlah besar khidmat courier yang menghantar barang dalam serta luar negara.

Antaranya ialah:

Berbeza dengan Shopify, melalui EasyStore anda boleh integrasi dengan courier dan shipping aggregator yang popular di Malaysia seperti:

Saluran Drop Shipping

Populariti drop shipping sebagai cara jana pendapatan di Malaysia dan seluruh dunia, semakin meningkat.

Disebabkan hal ini, kedua-dua Shopify dan EasyStore menawarkan cara mereka yang tersendiri untuk pengguna memulakan bisnes drop shipping.

Shopify menawarkan integrasi dengan Oberlo untuk bantu penjual menghantar barang dari AliExpress kepada pelanggan mereka.

Manakala EasyStore integrasi bersama Kumoten Dropship di Malaysia.

Sokongan Pelanggan & Rujukan

Shopify menawarkan sokongan  24/7, sedangkan EasyStore hanya tawarkan khidmat sokongan pelanggan pada waktu bekerja dan hari bekerja sahaja.

Jika anda seseorang yang lebih cenderung mendapatkan khidmat sokongan pada bila-bila masa, Shopify ialah pilihan yang tepat.

Manakala, jika anda lebih suka berkomunikasi dengan orang tempatan, EasyStore akan memenuhi keperluan anda.

EasyStore menawarkan sokongan dalam bentuk live chat, panggilan telefon dan juga e-mel.

Shopify pula turut menawarkan khidmat sokongan yang sama seperti EasyStore namun ada kelebihan lain, iaitu tambahan community forum untuk anda berbincang dengan pengguna Shopify yang lain seluruh dunia.

Penggunaan Shopify dan EasyStore boleh dikatakan mudah untuk pemula namun terdapat beberapa perkara yang memerlukan panduan yang jelas dan sokongan berterusan.

Panduan ini datang dalam bentuk bahan rujukan yang mudah didapati.

Bahan rujukan tentang Shopify ada dalam bentuk perbincangan forum artikel, podcast, tool dan pelbagai lagi.

Anda boleh akses bahan rujukan ini di laman Shopify di ‘Learn’ yang membawa anda kepada Help Center yang penuh dengan pelbagai info dan juga panduan penyelesaian masalah yang lain.

Akses kepada material sebegini akan memberi manfaat untuk anda tambah baik bisnes anda dari masa ke masa.

Sumber rujukan untuk EasyStore pula agak terhad berbanding Shopify, dan anda hanya boleh akses bahan rujukan itu melalui blog.

Disebabkan hal ini, pengguna akan rasa mudah keliru kerana artikel yang sedia ada cenderung menyampaikan info yang terlalu umum.

Walaupun begitu, EasyStore didatangkan dengan bengkel e-commerce yang mengandungi pelbagai agenda untuk pemilik bisnes, dan perlu tempah sesi konsultasi percuma untuk siri bengkel.

Secara keseluruhan Shopify dilihat sebagai pilihan yang lebih baik untuk bisnes online kerana anda perlukan info yang lebih terperinci dengan segera dan juga bantuan dalam satu tempat yang mudah diakses.

Perkara membantu anda untuk tukarkan trafik di web kepada jualan, dengan lebih mudah.

Kesimpulan – Shopify Vs EasyStore : Nak Pilih Yang Mana? 

Kami sediakan ringkasan dalam bentuk star review rating agar anda mudah untuk bandingkan kedua-dua platform ini.

Shopify

Kartel Digital

Pakej Langgan
Payment Gateway
Pilihan Template Store
App Integration
Penghantaran & Kurier
Ciri Dropship
Customer Support

Summary

Overall, memang tidak dinafikan, Shopify is the best e-commerce builder platform dalam dunia. Sebab tu makin lama, makin ramai orang suka pakai. Mudah nak digunakan dan mudah juga untuk grow bisnes kelak. Semuanya dah tersedia. Satu hari pun boleh siap store anda.

4.9

Easystore

Kartel Digital

Pakej Langganan
Payment Gateway
Pilihan Template Store
App Integration
Penghantaran & Kurier
Ciri Dropship
Customer Support

Summary

Easystore adalah antara penyedia servis e-commerce builder, yang lebih kurang sama macam Shopify. Ia lebih murah sikit dari Shopify. Cuma fungsi dan ciri-cirinya tak secanggih Shopify. Tapi kalau anda ada kekangan bajet boleh juga cuba sebab ianya reliable dan mudah untuk digunakan.

3.7

Dah dapat gambarkan keperluan e-store anda?

Kalau dah, sepatutnya anda dah jelas dengan pelan langganan yang berbaloi.

Walaupun anda mampu untuk bayar pelan paling mahal, sebaiknya teliti dengan keperluan dahulu kerana yang paling mahal tak semestinya paling bagus dan sebaliknya.

Pelan yang paling bagus ialah pelan yang ada gunakan kesemua manfaatnya untuk automized segala kerja manual untuk jana pendapatan dengan mudah dan terurus.

Jadi, anda pilih mana satu? EasyStore atau Shopify?

Kongsikan keputusan anda diruangan komen.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.