Cara Buat Pelan Pemasaran Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Anda baru bergelar usahawan online?

Tengah cari channel pemasaran baru yang lebih relevan dan power, sesuai dengan teknologi terkini?

Tentu anda nak tahu cara nak manfaatkan media sosial sebagai tool pemasaran.

Umum sedia maklum, ada banyak jenama ecommerce yang menggunakan media sosial sebagai platform pemasaran bagi melonjakkan jualan.

Sebab itu, saya sediakan artikel ini untuk berkongsi beberapa tip dan taktik untuk membantu anda menjejak kejayaan yang serupa.

Sama ada anda rancang nak guna Facebook, Snapchat atau Instagram untuk bisnes, semua info ini fleksibel untuk digunakan pada pelbagai medium.

Kenapa Cipta Pelan Pemasaran Media Sosial?

Kata Benjamin Franklin, “By failing to prepare, you are preparing to fail.”

Kata-kata ini sememangnya tepat bagi anda yang sedang membuat pemasaran bisnes ecommerce.

Seperti yang saya kongsikan tadi, sudah banyak jenama yang berjaya membina nama, itu maksudnya bukan mudah untuk kedai ecommerce yang baru muncul untuk stand out di pasaran.

Bagi memaksimakan peluang sukses, anda perlu ada strategi pemasaran media sosial yang super efektif. Kena bekerja keras dan tampil berbeza.

Mencipta pelan pemasaran media sosial secara teliti akan membantu perkembangan kedai ecommerce anda.

Anda juga boleh engage dengan pelanggan setia dan ia akan menyumbang kepada peningkatan jualan.

Apabila aliran tunai kedai anda sudah stabil, baru anda boleh luaskan lagi usaha pemasaran.

Mencipta Sasaran Pemasaran Media Sosial

Sebelum kita cerita panjang mengenai pembinaan strategi pemasaran media sosial untuk bisnes, pastikan anda ada mempunyai sasaran yang ingin dicapai.

Memiliki sasaran yang jelas dapat membantu anda merancang strategi selain menjadi pengukur kejayaan kaedah pemasaran yang dilakukan.

Jika sasaran kabur, anda tak mungkin dapat buat kira-kira ROI yang tepat.

Apatah lagi mahu jadikan ia bukti pemasaran media sosial yang berbaloi untuk kemajuan bisnes.

Tepuk dada, tanya hati.

Adakah anda memiliki sasaran yang berbaloi untuk dicapai?

Selepas tetapkan sasaran, apa pula langkah seterusnya?

Pertama, anda perlu tahu kaedah untuk mengukur tahap pencapaian bisnes anda.

Ia berkaitan dengan jumlah likes atau retweets bagi setiap hantaran di media sosial.

Memang seronok apabila ada ribuan likes, tapi sebenarnya tak beri impak sangat pun.

Oleh itu, saya cadangkan penilaian dibuat apabila ia mendatangkan jualan.

Ada pertukaran nilai berlaku (barang dan duit).

Jika anda memilih untuk ukur jumlah leads menerusi pemasaran media sosial, jangan lupa masukkan unique discount code dalam hantaran media sosial.

Ini dapat membantu anda faham proses meraih pelanggan.

Contohnya, jika anda nampak discount code daripada sesuatu post digunakan berulang kali, itu indikator yang bagus.

Maknanya konten anda diterima dan disukai audien.

Be SMART

Sebenarnya ada taktik yang lebih hebat bagi mencapai sasaran pelan pemasaran media sosial anda. Namanya konsep S.M.A.R.T.

Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut.

Specific (Spesifik)

Measurable (Boleh dihitung)

Attainable (Boleh dicapai)

Relevant (Relevan)

Time-bound (Ada had masa)

Setiap sasaran yang anda tetapkan untuk pemasaran media sosial perlu ada kelima-lima ciri yang disebutkan.

Berikut ialah contoh sasaran yang menepati ciri-ciri S.M.A.R.T:

“Saya gunakan pemasaran di media sosial untuk mempromosikan produk terkini kedai saya.

Channel utama yang akan digunakan ialah Facebook.

Di situ, saya akan bina segmen audien melalui konten yang menarik, termasuklah hantaran, imej dan video.

Semasa promosi, saya akan masukkan gambar produk yang boleh timbulkan rasa ‘seronok jika dimiliki’ bersama keterangan ringkas.

Dalam masa sebulan, saya mahu mencapai sekurang-kurangnya satu jualan per hantaran di Facebook.”

Contoh ini khusus buat para usahawan ecommerce yang baru mulakan bisnes.

Sebab saya nak bantu anda dapat idea asas bagi mengaplikasikan konsep S.M.A.R.T dalam strategi pemasaran media sosial.

Optimumkan Akaun Media Sosial Anda

Tip pertama, buka akaun media sosial khas untuk pemasaran bisnes.

Pastikan anda pilih channel yang diyakini mampu bantu mencapai sasaran.

Jika anda bermula dari kosong, penting untuk anda kawal dan pantau hal-hal yang disebarkan kepada umum.

Dan sebaiknya anda fokus pada satu atau dua channel sahaja.

Ini kerana anda akan pening kepala dan tak menang tangan untuk uruskan banyak akaun serentak.

Jika anda dah pernah cuba pemasaran media sosial untuk bisnes, optimumkan penggunaannya.

Perkara ini tidaklah sesukar mana dan menguntungkan apabila dah berhasil.

Anda boleh mulakan hantaran menggunakan teks atau imej, dan optimumkan untuk channel yang anda ada.

Contohnya jika anda pos konten menerusi Instagram, wajib gunakan hashtag bagi meluaskan capaian audien.

Selain itu, anda juga boleh cross-promote di antara akaun media sosial.

Jika follower Snapchat anda ramai, maklumkan audien yang anda juga ada buat perkongsian di Instagram atau Facebook.

Tindakan ini akan memberi audien peluang untuk engage dengan konten anda di platform lain, sekaligus meningkatkan jumlah trafik dan follower.

Kemenangan berganda di situ.

Anda juga boleh masukkan link ke kedai ecommerce anda di profil akaun media sosial.

Jadi, bakal pelanggan berpotensi yang sukakan konten anda (tapi tak familiar dengan jenama anda) boleh ambil masa untuk menilai produk anda.

Mendapatkan Inspirasi untuk Strategi Pemasaran Media Sosial

Ya, tak mudah untuk buat pilihan jenis konten yang dekat di hati audien.

Jika anda ragu-ragu tentang topik yang nak dikongsikan di media sosial, apa kata anda rujuk jenama lain yang sama niche?

Tengok apa yang mereka kongsikan dan nilai respon yang diterima.

Selepas itu, anda perlu fikirkan jalan untuk menjadikan konten media sosial anda jauh lebih baik dan berada dalam liga tersendiri.

Dari mana lagi anda boleh dapatkan inspirasi?

Satu cara lagi, pinjam semangat audien bagi menghasilkan konten untuk media sosial anda.

Perhatikan apa yang membuatkan audien anda engage dengan media sosial dan contohinya. Ikut.

Konten anda akan jadi familiar kepada mereka.

Belajar daripada pos yang popular dan tiru konsepnya.

Inilah cara terbaik untuk merealisasikan sasaran anda secepat yang mungkin.

Kesimpulan Cara Buat Pelan Pemasaran Media Sosial

Jelas?

Nampak tak kenapa anda kena merancang pemasaran media sosial untuk bisnes?

Manfaatkan dahulu platform percuma yang ada secara optimum sebelum gunakan yang berbayar.

Jika perlukan penjelasan lanjut, tanya saja di ruang komen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Content Creator at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce. Bercita-cita untuk ada band sendiri dan buat lagu. Tengok lah nanti dah kaya mungkin boleh ada masa explore pasal music pulak.
Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masukkan emel anda untuk konten lebih padu, offer best, dan latest updates dari saya.

Mula Buat Blog Anda Dengan BlueHost!

Mula Buat Store Dropship Anda Dengan Shopify!

Mula Buat Duit Dengan Blog Melalui AccessTrade!

© All Rights Reserved 2020

kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Suka Konten Saya?

Join mailing list saya untuk dapatkan latest tips, dan strategi untuk bantu anda buat duit online, dengan cepat & berkesan.