Cara Buat Blog : Panduan Step by Step Untuk Newbie (Latest 2021)

CARA BUAT BLOG _ PANDUAN LENGKAP (DENGAN TUTORIAL VIDEO)
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Cuba bayangkan setiap hari ada je orang tanya pasal produk atau servis yang anda jual tanpa perlu keluar apa-apa kos iklan? 

Atau duit masuk setiap hari dengan hanya share apa yang anda minat?

Best kan? 

Itulah yang berlaku pada saya setiap hari sejak saya mula aktif menulis blog pada awal tahun 2019.

Ramai orang tak nampak potensi yang ada pada blog. 

Dan bagi yang nampak pun, mostly malas nak buat sebab ia perlukan banyak masa dan usaha yang berterusan sebelum nampak hasil.

Ada juga yang tak nak buat sebab tak reti bab-bab teknikal. Nak upah orang mahal pulak. Nak menulis satu hal lagi.

Saya faham. But dont worry.

Untuk ada fully functioning blog tak susah pun. 

Dalam panduan ni saya share cara buat blog anda sendiri dengan mudah dan pantas.

Anda tinggal follow je.

Dah ready?

Let’s jump right in!

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI FULL-TIME BLOGGER.

Saya pun sebelum ni skeptikal juga pasal blogging ni.

Bagi saya buang masa sebab ada je cara buat duit online yang lagi cepat.

Tapi saya cuba jugak pada awal tahun 2019. Waktu tu buat sekadar nak tulis nota untuk diri sendiri je. Macam hobi.

Awal-awal macam takde hasil. Saya jalan je.

Tapi tah macam mana dalam few months, mula dapat trafik dan discover peluang-peluang buat duit dari blog yang saya usahakan.

Memang wow. Sejak dari tu memang dah tak pandang belakang.

Terus jalan dan sekarang salah satu income utama saya adalah dari blogging. 

Sekarang blog pertama saya, which is Dropship Kartel, terima lebih kurang 25K pelawat setiap bulan.

Trafik ni semua adalah percuma. Takde satu sen ads pun saya bayar. 

Amacam?

KONSEP BLOG & KENAPA IA PENTING?

Blog secara mudahnya adalah sejenis website yang fokus pada penulisan konten.

Aktiviti menulis blog ni sebenarnya dah lama. 

Menurut HubSpot, blogging ni dah bermula seawal tahun 1994. Google pun orang belum wujud lagi.

Dan actually dah ramai berjaya buat bisnes full time hanya sebagai blogger, especially dekat luar negara.

Di Malaysia orang tulis blog lebih kepada macam diari atau jurnal kehidupan je. Boring gila. Haha.

Dan kat Malaysia ni tak ramai orang aware aktiviti blogging ni boleh jadi digunakan sebagai sumber buat duit yang powerful.

Sebab apa saya kata powerful?

Sebab dari blog, anda boleh:

  • Dapatkan trafik dan prospek secara konsisten dan percuma dari Google.
  • Boleh bina audience dan followers anda sendiri.
  • Ia adalah asset sebenar anda. Tak macam social media dimana anda sebenarnya menumpang dan perlu ikut rules mereka.
  • Anda boleh bina kredibiliti bisnes dan diri sendiri dengan baik.
  • Banyak peluang buat duit akan datang.
  • Lebih trusted dimata prospek.

Semua ni anda boleh dapat dari blog. Dan banyak lagi sebenarnya benefit dia.

Ramai je blogger full time yang buat 6 angka setahun.

Ini bisnes legit dan semua orang boleh buat. Nak tak nak je.

Cuma biasalah awal-awal memang blur, dan macam tak yakin.

Bagi saya langgar je. Blog sampah macam mana pun boleh jadi popular. Hanya perlukan masa.

But anyway, jangan takut. 

Just follow step yang saya dah susun dalam panduan ni.

STEP 1 : PILIH NICHE YANG BERPOTENSI.

First thing first. 

Kalau anda dah ada bisnes, dan nak gunakan blog untuk promote bisnes anda, then skip section ni.

Bagi yang belum ada bisnes, produk atau service, anda wajib baca section ni.

Sebab anda perlu decide niche dulu sebelum mula bina blog.

Apa itu niche?

Niche ni dalam bahasa mudah nak faham is specific market. 

According to NicheHacks, niche ni adalah subset untuk market yang besar dan orang yang mempunyai spesifik problems to be solved.

Ia boleh jadi kategori minat, hobi, kepakaran dan sebagainya.

Macam saya punya blog ni, saya dalam niche ‘Money Making Online’. Sebab itu yang saya tahu, minat dan pakar.

Dan satu lagi, saya tahu yang niche saya ni banyak demand both locally and internationally.

But anda tak perlu pun masuk niche macam saya ni. 

Ada beribu niche best-best dan lebih lumayan yang anda boleh buat. 

Tapi kalau anda nak tahu mana niche yang anda nak masuk, anda kene research skit beberapa perkara.

  • Ada market demand
  • Ada pesaing
  • Ada produk atau servis yang anda boleh jual

Dan anda juga perlu ada minat, kepakaran atau pengalaman dalam niche tersebut.

Details tentang cara pemilihan niche saya akan kupas dalam artikel yang lain.

Kalau nak cepat biasanya saya akan cadangkan pergi ke website NicheHacks.com

Banyak research dan perbincangan tentang niche. Anda boleh visit dan pilih dari beribu suggestions dalam tu.

STEP 2 : PILIH NAMA BLOG.

Once anda dah decide niche apa anda nak masuk, anda perlu decide tentang nama blog pulak.

Part ni ramai orang ambil masa lama.

Sebenarnya tak perlu.

Sebab yang penting nama yang anda pilih tu memenuhi kriteria dibawah:

  • Mudah untuk eja.
  • 2 atau 3 suku kata sahaja.
  • Jangan terlalu spesifik.
  • Masih available untuk daftar sebagai domain .com

Itu sahaja.

Biasa untuk cari nama saya pakai Namelix.

Just masukkan keyword then nanti die akan bagi beberapa suggestion.

Apa perlu anda buat adalah combine beberapa nama yang dicadangkan untuk cipta nama baru.

Contoh:

Nama 1 : StarCracker
Nama 2 : ZoomStar
Nama 3 : BigDust

Anda amik suku kata tersebut dan cuba gabungkan. 

Contoh ‘StarDust’ adalah gabungan suku kata dari nama pertama dan nama ketiga.

Macam tu la biasa saya buat.

So senaraikan nama-nama yang anda dah cipta tu paling kurang 10 nama.

Then anda perlu check availability nama tersebut di KnowEm.

Cari nama dari senarai anda yang masih available untuk daftar domain .com

Dan lebih baik kalau nama tersebut masih boleh dipakai di semua platform social media utama macam Facebook, Instagram, dan Twitter.

Kalau ada, then anda boleh simpan nama tersebut untuk kita daftar domain website nanti.

Kalau takde, cari sampai dapat. Haha.

STEP 3 : DAFTAR NAMA DOMAIN BLOG.

Let’s say anda dah pilih nama, next step yang anda perlu buat adalah daftar domain blog anda.

Domain ni macam alamat rumah. Website anda hanya akan boleh diakses melalui domain yang anda daftar.

Contoh domain ni macam KartelDigital.my

Dan domain yang paling baik bagi saya adalah domain dengan extension .com

Sebab, orang sekarang dah dibiasakan dengan extension .com bila cari website di Internet.

Bila mereka mudah cari website kita, mudah la mereka nak singgah lagi lain kali.

Faham kan?

So untuk nama domain, anda boleh terus daftar dekat BlueHost.

Murah, dan mudah untuk newbie guna sebab nanti kita akan pakai BlueHost sebagai hosting jugak.

Step nak check dan daftar nama domain mudah je.

1st : Type nama domain yang anda nak dalam search bar BlueHost dibawah.

2nd : Then kalau ada domain .com masih available, pilih domain tu.

3rd : Nanti add domain tu masa nak daftar hosting dengan BlueHost.

Sekarang anda dah ada domain sendiri. Ini asset digital anda yang pertama. Simpan elok-elok.

Domain dah setel, sekarang kita beralih pada pendaftaran hosting.

STEP 4 : DAFTAR HOSTING BLOG.

Now anda dah ada alamat rumah (domain). 

Next step adalah untuk dapatkan ‘tapak’ untuk bina rumah (website/blog). Tapak ni la kita panggil hosting.

Secara teknikalnya, hosting ni adalah sejenis komputer yang simpan semua file dan data website kita nanti. 

But tak perlu tahu bab teknikal ni pun. Semua dah diuruskan nanti oleh hosting provider.

Hosting provider ni ada banyak. Tapi apa yang saya rasa senang pakai dan okay untuk newbie adalah BlueHost.

Saya pilih BlueHost sebab dia murah, secure, dan senang nak pakai untuk newbie.

Nak daftar dan setup senang je.

Anda boleh terus ke BlueHost dan ikut cara setup hosting melalui video yang saya sediakan dibawah.

Buka link ini : BlueHost

Tahniah. Anda dah ada hosting akaun sendiri.

Now step seterusnya adalah nak buat rumah which is website atau blog.

STEP 5 : INSTALL WORDPRESS.

Orait. Kita akan gunakan WordPress sebagai platform blog kita. 

Ada banyak sebenarnya tools dan platform yang anda boleh guna untuk buat blog. Tapi so far takde yang power dan flexible macam WordPress.

Dah la free. Lepas tu anda boleh customize macam-macam benda dengan WordPress.

In fact, 40 percent of all websites dalam dunia ni dibuat menggunakan WordPress.

So macam mana nak install WordPress dalam hosting anda?

Kalau anda daftar hosting jenis ‘Managed WordPress’ dari BlueHost, installation biasanya straightforward.

Anda boleh juga ikut tutorial dalam video dibawah.

Setel!

Now anda dah ada satu website atau blog anda sendiri. Tahniah! 

Nampak macam buruk. Takpe. Kita akan cantikkan dia skit kemudian.

STEP 6 : INSTALL THEME WORDPRESS.

Untuk bagi blog kita nampak cantik skit, kita perlu Install Theme.

Theme ni macam template asas blog kita.

Kalau kereta, ini rangka atau chassis dia.

Theme ada banyak, anda boleh pilih berbayar atau free.

Tapi bagi saya untuk permulaan, elok pakai yang free je. Selagi boleh jimat kita jimat betul tak?

Saya suka pakai theme Hello dari Elementor.

Camne nak install theme?

Boleh follow tutorial dibawah.

Sebelum kita nak cantikkan website kita, kita kene ada logo. 

Logo ni adalah salah satu elemen dalam branding yang paling asas. 

Dengan logo yang kemas dan pro, ia secara tak langsung bagi persepsi positif pada blog kita.

Kalau anda banyak duit anda boleh upah freelance buatkan logo anda macam dekat Fiverr.

Tapi kalau nak free, anda boleh buat sendiri guna Canva.

Just klik Canva dan sign up trial 30 hari untuk guna fungsi Pro. 

Nanti lepas siap logo, cancel je subscription Pro tu.

Cara nak design logo boleh tengok video tutorial dibawah. 

Amacam senang kan?

STEP 8 : PLUGINS PENTING UNTUK BLOG.

WordPress ni dia power sebab hampir semua jenis dan fungsi tambahan anda boleh letak.

Biasanya fungsi tambahan ni akan ada bila kita install plugin tertentu. 

Plugin ni anggap je macam apps dalam handphone anda. Sama je.

Ada beribu-ribu plugin wordpress. Tak perlu try semua. 

Dekat sini saya bagitahu siap-siap apa plugin-plugin penting untuk anda install dalam blog WordPress anda.

Plugin yang anda perlu install adalah:

  • Elementor
  • Site Kit by Google
  • Wordfence
  • WP Rocket
  • Rank Math

Cara nak install semua ni saya tunjuk dalam video dibawah.

*Untuk tak perlu guna SG Optimizer. Instead guna WP Rocket sebagai plugin untuk speed optimization.

Sekarang blog anda dah lengkap fungsi dia.

Next adalah masa untuk kita create page-page penting dalam blog.

STEP 9 : BUAT PAGE PENTING.

Untuk menjadi sebuah blog yang lengkap dan berautoriti, anda perlu sediakan beberapa konten asas.

Dan konten-konten asas ni mesti mempunyai halamannya sendiri.

Secara tipikal, blog yang mempunyai halaman dan konten asas yang lengkap adalah seperti berikut:

  • Halaman Utama (Home Page)
  • Tentang (About)
  • Archive (Blog Collection)
  • Polisi (Policies)
  • Hubungi (Contact)

Cara untuk create page ini semua mudah sangat.

Saya tunjukkan dalam video dibawah caranya.

STEP 10 : CREATE MENU UTAMA.

Page-page yang kita dah create tadi mestilah mudah untuk diakses dan boleh dilihat di mana-mana.

Biasanya ia akan terpapar dibahagian header atau footer.

Untuk itu, kita perlu kumpulkan kesemua page ini dalam satu kumpulan yang dipanggil ‘Menu’.

Untuk create Menu, dan cara untuk paparkan dibahagian header (atau footer), boleh follow video yang saya buat dibawah 

STEP 11 : CANTIKKAN BLOG.

Okay. sekarang semua setup asas dah ready. Kini tiba masa untuk kita cantikkan website pulak.

Untuk cantikkan website, biasanya saya guna plugin nama Elementor

Plugin ini free. But of course kalau nak banyak fungsi boleh consider untuk upgrade ke Elementor Pro.

Senang je pakai Elementor. Just drag and drop. Lepas tu adjust skit-skit. Lebih kurang macam guna Powerpoint dan Excel je.

Untuk permulaan, tak perlu terlalu fancy.

Just bagi dia kemas dan presentable.

Kalau anda tengok blog saya Kartel Digital ni pun mana ada fancy sangat. Saya just bagi dia kemas je.

Pelawat tak suka blog atau website yang complicated ni. 

Diorang akan keluar bila rasa rimas. Ini akan menjejaskan masa orang stay lebih lama dalam website.

Dan yang paling penting, make sure website anda kemas dan presentable apabila dibuka melalui paparan mobile.

Sebab 90 peratus pelawat anda akan singgah melalui mobile device.

Untuk tutorial ringkas design blog guna Elementor, anda boleh rujuk dalam video dibawah.

Saya suggest anda dapatkan Elementor Pro, supaya lebih cepat. dan mudah untuk siapkan website.

Guna template je siap.

STEP 12 : TULIS 5 PILLAR POST.

Untuk permulaan, anda tak perlu tulis banyak gila artikel atau blog post.

Bagi saya, maksimum anda perlu tulis hanya 5 artikel sahaja.

Tapi artikel kena padu, mantap dan sedetail yang mungkin.

Dan artikel tersebut mestilah artikel yang ada value di mata audience anda. Bukan artikel yang hardsell.

Kebiasannya artikel jenis begini kita panggil ‘Pillar Post’.

Pillar Post (Pillar ni maksudnya tiang) ni adalah konten asas yang dibuat bertujuan unutk mendapatkan traffik sebanyak mungkin.

Artikel jenis pillar post ni bersifat high value dan shareable.

Maksud shareable adalah mampu untuk buatkan orang rasa nak share.

Dari pillar post ni nanti, anda boleh expand dan create beberapa sub topic untuk blog post yang lain.

Dan artikel jenis pillar post memang panjang. Biasanya lebih dari 2000 patah perkataan.

Artikel yang anda sedang baca ni pun adalah artikel jenis pillar post untuk website saya.

Kenapa artikel tu jadi panjang?

Satu, sebab kita nak buat sedetail mungkin supaya audience boleh dapat manfaat dari konten kita.

Kedua, sebab kita nak Google rank seberapa banyak yang mungkin keyword-keyword untuk konten kita.

Anggap keyword ni semua sebagai ‘entry point’ atau pintu masuk pada website anda.

Lagi banyak pintu masuk yang anda ada, lebih tinggi kebarangkalian untuk blog dan konten anda muncul depan mata target audience.

Aktiviti untuk optimize konten supaya Google suka, dipanggil SEO atau Search Engine Optimization.

Ini adalah seni dan skill yang anda perlu master nanti.

Buat masa sekarang toksah pikir pasal SEO lagi.

Siapkan pillar post anda dahulu.

Anda perlu launch secepat mungkin sebab Google ambil masa beberapa minggu ke beberapa bulan untuk rank konten anda dalam halaman carian yang pertama.

Bila ada beberapa keyword anda target dah rank dihalaman pertama, kat situ lah trafik percuma akan masuk mencurah-curah macam air terjun ke blog anda.

Traffik percuma ni kita boleh convert jadi leads untuk jual apa-apa produk kita nanti.

Baca lain : Cara buat duit dengan blog (complete tips & strategi)

STEP 13 : PROMOTE KONTEN.

Bila anda nak jadi blogger yang berjaya, anda kene fikir diri anda sebagai owner business, bukan penulis.

Konten anda adalah produk anda.

So anda perlu promote konten sama macam anda promote produk-produk fizikal atau servis yang lain.

Cara nak promote ni terpulang. Sebab ada banyak sangat cara untuk promote.

Tapi saya boleh share apa yang saya buat setiap kali saya buat blog yang baru atau ada artikel baru.

Promotion 1 : Promote dekat family, kawan rapat, atau group-group yang anda join.

Ini adalah the lowest hanging fruit in terms of promoting your blog.

Just inform diorang ni semua tentang blog anda. 

Dan mintak diorang share dekat network diorang, dan tinggalkan komen setiap kali anda share konten dekat diorang.

Saya konfiden at least dalam phone book anda ada lebih dari 100 orang. Kalau anda share dekat diorang, kemungkinan besar 30 orang akan visit.

Bayangkan kalau anda promote setiap minggu. Ada seminggu tiga kali.

It’s more than enough as a starting point.

Promotion 2 : Promote dekat semua Social Media yang anda ada.

Start sharing pada semua social media yang utama macam Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, dan lain-lain.

Bila anda share, ia akan bantu Google untuk rank blog anda.

Dan ia juga mudahkan sesiapa untuk discover tentang blog anda.

Mula-mula memang takde orang, takpe. Keep on sharing.

Followers anda akan naik organically perlahan-lahan.

Trust the process.

Promotion 3 : Buat iklan berbayar

Atau kalau anda ada bajet skit dan nak cepatkan process dapatkan pembaca dan follower setia, apa kata anda labur skit untuk buat iklan berbayar.

Takyah mahal-mahal pun takpe.

Let’s say anda ada bajet RM 5 je untuk iklan sehari. Anda boleh je guna Google, dan Facebook Ads untuk promote.

RM 5 tu apa lah sangat compare dengan hasil yang kita akan dapat kelak.

Guna pengiklanan berbayar adalah cara paling cepat nak grow.

Sebab kita tak perlu tunggu Google rank website kita pun kita dah boleh ‘beli’ trafik.

Ada duit semua boleh bos!

Promotion 4 : Promote dekat list atau audience sendiri.

Kalau anda memang dah jalan bisnes, dan blog anda pun memang serve jenis audience yang sama, anda boleh je ‘broadcast’ pada diorang.

Let say sebelum ni anda dah ada nombor whatsapp, messenger atau email list prospek atau customer, gunakan yang tu.

Selagi boleh jimat, kita jimat.

So kalau anda belum ada database atau list?

Anda kena mulakan aktiviti kumpul database.

Guna email marketing.

Email marketing belum lapuk ye kawan-kawan. Benda ni evergreen. 

Macam saya list untuk Dropship Kartel almost 15,000.

So saya tak risau sangat pasal audience.

Bila-bila je saya boleh blast dan promote apa-apa dekat diorang. 

Kalau macam anda awal-awal ni promote je blog dan konten. Okay je.

Macam saya ni dah tahap kadang-kadang rasa macam ‘mesin duit’ pun ada.

Agak-agak nak duit lebih, saya blast dan promote je dekat list saya.

Tup tup, duit sales masuk. Hehe.

Promotion 5 : Komen dekat blog orang lain

Ini salah satu teknik old school.

Tapi still evergreen. Cuma jangan SPAM.

Make sure komen anda adalah genuine. Bukan buat semata-mata nak tinggalkan link blog anda dalam komen blog orang lain.

So rajin-rajinlah ‘blog walking’ ya.

Lambat laun blog anda akan makin popular. 

Dan blogger lain pun akan kenal blog anda. 

Promotion 6 : Optimize SEO.

Search engine optimization atau SEO ni satu benda teknikal yang biasa newbie confuse.

Ia sebenarnya satu teknik dimana kita adjust konten dalam blog atau website kita supaya Google suka.

Bila Google suka, blog anda akan mudah dicari oleh target audience.

Yup. Benda ni memang tak mudah. Tapi tak susah jugak. Cuma kene rajin je.

Saya tak boleh nak explain pasal SEO kat sini sebab topik tu panjang sangat.

Tapi kalau anda nak belajar saya rekomen boleh ke Youtube Channel dan follow channel AhrefsBacklinko, & Neil Patel.

Diorang ni semua otai-otai yang memang specialize dalam SEO. 

Konten mereka pun senang nak follow dan faham.

Promotion 7 : Outreach

Outreach ni adalah satu aktiviti marketing di mana anda build relationship dengan pihak-pihak berkepentingan untuk bisnes anda.

Sebagai blogger, anda boleh buat beberapa aktiviti outreach blogger lain. Dengan tujuan untuk dapatkan exposure dan autoriti.

Exposure dan autoriti ni dicipta melalui backlink.

Sebagai contoh kalau saya letak link website anda dalam blog saya, Google akan terima aktiviti ni sebagai signal untuk menentukan level autoriti dan exposire blog anda.

So nak senang paham, lagi banyak backlink yang anda boleh dapat, lagi strong blog anda di Internet.

Untuk dapatkan backlink bukan senang. Sebab tu perlunya aktivi outreach.

Few cara outreach bagi tujuan mendapatkan backlink adalah :

  • Komen dekat blog orang dan tinggalkan link
  • Pitch blog blog yang lebih besar dari anda untuk peluang menulis dalam blog mereka. Disini biasanya anda akan dapat backlink untuk blog anda.
  • Contact blog-blog yang lebih besar dari anda bagitahu mereka yang anda ada konten yang lebih detail dan terperinci untuk bantu audience mereka. Request owner blog tersebut untuk replace link yang dah outdated kepada link konten anda.
  • Bayar blogger lain untuk letak backlink.
  • Sponsor event atau apa-apa. Biasanya diorang akan backlink blog anda semula.

Benda ni leceh skit tapi berbaloi.

Kalau anda rajin buat benda ni, anda tak perlu artikel banyak-banyak pun dah boleh tapau blog-blog besar yang lain.

Serius talk.

Anda boleh baca lebih detail pasal outreach dan backlink dekat sini.

KESIMPULAN CARA BUAT BLOG : PANDUAN STEP-BY-STEP.

Sekarang anda dah ada blog sendiri. Yahooooooo! 

Simple je kan?

Of course, blog anda takde la nampak canggih dari segi design. Tapi untuk permulaan, fancy sangat tak penting.

Banyak je blogger yang buat duit sampai 7 angka setahun, tapi design biasa-biasa je.

Asalkan sedap mata memandang dan tak rimaskan pembaca, then it should be okay.

Yang penting konten anda ada value pada pembaca. Baru la orang percaya dan suka pada anda.

Kalau anda suka konten-konten macam ni, anda boleh consider untuk join mailing list saya.

Any konten baru berkenaan blogging saya akan send terus ke email anda.

Dan jangan lupa subscribe juga Youtube Kartel Digital untuk konten dalam bentuk video.

Itu sahaja. Saya harap sharing kali ini bermanfaat untuk anda.

Apa pendapat anda?

Excited tak nak buat blog sendiri?

Boleh drop your comment dekat bawah. 

Insyallah saya baca dan reply semua.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Content Creator at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce. Bercita-cita untuk ada band sendiri dan buat lagu. Tengok lah nanti dah kaya mungkin boleh ada masa explore pasal music pulak.
Related Post

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masukkan emel anda untuk konten lebih padu, offer best, dan latest updates dari saya.

Mula Buat Blog Anda Dengan BlueHost!

Mula Buat Store Dropship Anda Dengan Shopify!

Mula Buat Duit Dengan Blog Melalui AccessTrade!

© All Rights Reserved 2020

kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Suka Konten Saya?

Join mailing list saya untuk dapatkan latest tips, dan strategi untuk bantu anda buat duit online, dengan cepat & berkesan.