10 Cara Tingkatkan Average Order Value Website eCommerce Anda

cara tingkatkan average order value

Pada tahun 2022 ini, kita dapat lihat di media sosial, ramai rakyat Malaysia sudah mula buat bisnes online. Baik sepenuh masa atau sampingan.

Bila dah berbisnes, of course kita akan fikir tentang sales.

Semakin banyak sales, semakin kita bermotivasi nak buat bisnes.

Bila banyak sales, maka bisnes kita sure makin power.

Orang bisnes wajib yang run bisnes, terutama yang run guna website eCommerce, tahu cara nak kira average order value.

Melalui average order value anda boleh tahu samaada bisnes anda ini okay atau pun tidak.

Satu lagi, anda juga boleh decide berapa banyak wang yang boleh disalurkan untuk buat marketing, sewa kedai dan panduan letak harga barang.

AVERAGE ORDER VALUE

Mesti anda tertanya-tanya, average order value ini apa pula? Kenapa nak kena tahu? Penting ke?

Ya, sangat penting.

AOV ini purata jumlah wang yang customer belanja di kedai anda.

Mari saya kongsikan cara-cara pengiraan average order value.

Formulanya tak susah:

AOV = Pendapatan bisnes anda dibahagi dengan jumlah sales setiap order.

AOV ini perlu dipantau dengan kerap.

Sebaiknya anda monitor setiap hari atau setiap minggu.

Baik. Mari kita lihat pula benefit yang anda dapat bila sales makin bertambah.

Benefit 1 : Meningkatkan jumlah pendapatan dan profit.

Anda boleh bahagi kerja anda kepada orang lain.

Sebagai contoh, anda upah admin untuk uruskan customer service dan juga bahagian media sosial.

Pendapatan yang anda dapat itu, anda boleh bayar gaji staff.

Selain itu, anda boleh sediakan peralatan seperti printer, laptop, alat tulis dan sebagainya.

Anda juga boleh sediakan reward untuk ejen atau staff yang tunjuk prestasi cemerlang.

Benefit 2 : Marketing yang anda laburkan mendapat pulangan yang menguntungkan.

Jika anda buat ads sehingga RM100, tetapi sales yang anda dapat hanyalah RM200, itu sebenarnya belum ada keuntungan selepas ditolak itu dan ini.

Jadi, bila buat ads, set betul-betul supaya anda tidak rugi.

10 CARA TINGKATKAN AVERAGE ORDER VALUE

Di bawah ini ada 10 cara untuk tingkatkan average order value untuk bisnes eCommerce anda.

Anda tak perlu cuba kesemuanya dalam satu-satu masa.

Test dulu satu-satu dan kenal pasti mana yang berkesan.

Kemudian, stick pada yang itu dan ulang semula nanti.

Cara 1 : Free shipping

Contohnya, jika customer membeli RM200 dan ke atas, mereka akan dapat free postage.

Tapi sebelum itu, anda kena kira AOV dahulu. Selepas dah kira, tambah 30%.

Sebagai contoh, jika AOV syarikat anda ialah RM100, selepas ditambah dengan 30%, ia jadi RM130.

Maka, syarat untuk dapat free shipping adalah customer perlu membuat pembelian minimum RM130.

Cara 2 : Beri diskaun

Sama juga dengan free shipping tadi, pastikan anda kira AOV dahulu. Kemudian, tetapkan harga minima yang perlu customer berbelanja.

Contohnya, syarat untuk mendapat diskaun RM10 ialah customer perlu berbelanja minimum RM75.

Ataupun dapat diskaun RM15 apabila berbelanja sebanyak RM100.

Cara 3 : Bundle Deals

Bundle deals ini apa ya? Baik, saya bagi contoh.

Pernah tak anda dengar iklan macam ini,

“Beli satu percuma satu”.

Ataupun

“Beli 2 dapat free gift 1”.

Ataupun

“Beli 3 dapat diskaun 10% untuk barang yang ke-4”.

Haaa, itulah yang dinamakan bundle deals!

Sebelum anda decide nak beri gift apa untuk customer, pastikan ia tak memberi kesan yang terlalu besar untuk margin.

Katakanlah anda buat offer “Beli 3 percuma 1”.

Pastikan harga yang anda tawarkan itu munasabah dan anda masih boleh cover harga barang yang ke-4 itu.

Cara 4 : Kad Hadiah

Okay, kad hadiah ini contohnya, kalau customer beli satu barang yang berharga RM35, kemudian customer akan diberi satu kad untuk tebus hadiah yang bernilai RM5.

Biasanya bila customer dapat hadiah free, mereka akan rasa happy dan akan membeli lagi next time.

Tapi sebagai seller, pastikan harga barang itu tidak terlalu murah.

Bukan apa, risau anda tak dapat untung pulak.

Anda boleh buat offer sebegini apabila trend sales anda menurun. Jangan pula buat sepanjang tahun ya!

Cara 5 : First Time Offer

First time offer ini dibuat apabila anda baru sahaja memulakan bisnes iaitu 6 bulan ke bawah.

Kebanyakan customer anda pun baru pertama kali membeli di kedai anda.

So sangat bagus untuk beri insentif seperti ini untuk mereka.

Cara 6 : Cross-sell Items

Cross-sell item adalah item yang mungkin customer berminat untuk dibeli bersama dengan produk yang sedang dia view.

Contohnya, customer sedang view blouse.

Kemungkinan customer juga berminat dengan seluar dan tudung untuk dipadankan bersama blouse tadi.

Atau contoh lain, anda ada menjual bantal.

Jadi, anda boleh recommend kepada customer untuk dapatkan juga cadar dan sarung bantal.

Jika anda menjual essential oil, anda boleh cadangkan pada customer untuk ambil combo 3 essential oil yang mempunyai bau berlainan.

Cara 7 : Loyalty Program

Program kesetiaan juga ialah salah satu cara untuk tingkatkan profit bisnes anda.

Setiap kali customer membuat pembelian, mereka dapat kumpul points dan rewards.

Menurut “The ROI”, 40% pendapatan sesebuah syarikat datang daripada repeat customer.

Kebiasaannya customer yang loyal dengan produk anda akan membeli dalam kuantiti yang banyak.

Satu lagi kelebihan yang anda dapat apabila anda memiliki customer yang setia pada brand anda ialah, anda boleh jimatkan kos marketing.

Cara 8 : Diskaun Terhad

Maksudnya, anda tawarkan diskaun hanya pada masa-masa tertentu sahaja.

Contohnya, anda letak diskaun 40% dalam masa hanya 24 jam.

Apabila ada unsur urgency sebegini, customer akan rasa cepat-cepat nak beli produk anda.

Strategi ini juga boleh diguna apabila sales anda mula berkurangan.

Cara 9 : Beli Banyak, Makin Murah

People love saving money!

Jadi, bila customer nak membeli dalam kuantiti yang banyak, kadang-kadang mereka akan rasa bersalah.

Jadi, untuk kurangkan rasa itu, kita as a business owner kenalah bijak!

Kita kena tunjukkan dan terangkan pada customer berapa banyak wang yang dia boleh save apabila membeli.

Cara 10 : Buat Contest

Perasan tak, ada banyak produk di pasaraya yang buat strategi ini.

Contohnya, mereka sediakan borang untuk diisi. Kemudian, submit.

Sesiapa yang bertuah akan menang peraduan ini. 

Ataupun, peraduan OOTD sempena hari raya.

Selain itu, anda boleh juga buat contest siapa Like dan Share paling banyak.

Kesimpulan – 10 Cara Tingkatkan Average Order Value Website eCommerce Anda

Melalui pengiraan AOV, anda boleh track tahap bisnes anda.

Jika mahu kembangkan bisnes, anda dinasihatkan untuk buat 10 tips yang saya kongsikan tadi supaya pendapatan bisnes bertambah.

So, adakah anda sudah ready nak tengok bisnes anda meletop?

Sekarang adalah masanya untuk anda apply!

Fast Action Fast Result!

Bagi anda yang belum ada bisnes tapi nak cuba try buat duit dari bisnes ecommerce, saya sarankan anda buat secara dropship.

Jika ada apa-apa soalan, tinggalkan sahaja di ruangan komen.

Nanti saya reply dan bantu.

Jangan malu, jangan segan kalau nak berjaya!

Share this!

HAFIZ AZMAN

HAFIZ AZMAN

Blogpreneur at Dropship Kartel & Kartel Digital. Sometimes jadi consultant dan coach untuk bidang Digital Marketing, Online Business, dan eCommerce.

PANDUAN PERCUMA

6 Figure Blogging Gameplan eCover

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income online.

Ia adalah hasil dari pengalaman, pembelajaran, dan eksperimen bertahun, sehingga saya boleh buat income dengan konsisten, 100 peratus online, secara seorang diri.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.
CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.